Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi lancarkan kota hiburan berbilion dolar

Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman melancarkan pembinaan sebuah taman peranginan hiburan, berhampiran ibu kota Riyadh, semalam (28 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi lancarkan kota hiburan berbilion dolar

Raja Salman bin Abdulaziz melancarkan pembinaan Qiddiya. (Gambar: BANDAR AL-JALOUD/AFP)

Diterbitkan : 29 Apr 2018 05:35PM Dikemas Kini : 29 Apr 2018 06:18PM

QIDDIYA, ARAB SAUDI: Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman melancarkan pembinaan sebuah kota peranginan hiburan, berhampiran ibu kota Riyadh, semalam (28 Apr).

Projek bernilai berbilion dolar itu merupakan tunggak utama dalam strategi negara itu untuk mempelbagaikan sumber ekonomi serta melonggarkan larangan sosialnya.

Projek di tapak seluas 334 kilometer persegi di Qiddiya, barat daya Riyadh, itu dua setengah kali lebih besar berbanding Disney World.

Antara daya tarikannya termasuk taman bertema Six Flags, kemudahan sukan air, perlumbaan bermotor, acara budaya dan tempat penginapan.

Seorang jurucakap berkata Qiddiya dijangka dapat menarik 1.5 juta pengunjung setiap tahun apabila fasa pertamanya dibuka pada 2022.

Media tempatan melaporkan bahawa kos prasarananya sahaja menelan belanja hampir 30 bilion riyal (S$11 bilion) dan dijangka mencecah berpuluh-puluh bilion riyal apabila siap kelak.

Dua pertiga rakyat Saudi berusia di bawah 35 tahun dan ketika ini mereka membelanjakan berbilion dolar setiap tahun untuk menonton filem dan mengunjungi taman hiburan di hab pelancongan negara jiran seperti Dubai dan Bahrain

Kerajaan Saudi mahu memperoleh semula sehingga suku daripada AS$20 bilion (S$27 bilion) yang dibelanjakan penduduknya itu.

Arab Saudi, bulan ini menjadi hos tayangan filem pertama dalam masa 35 tahun, selepas menarik balik larangan pengharaman beberapa dekad ke atas pawagam, tahun lalu. 

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan