Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi lancar kereta api laju

Raja Salman pada Selasa (25 Sep) merasmikan kereta api laju menghubungkan Makkah dan Madinah, yang disifatkan pegawai tempatan sebagai projek pengangkutan terbesar di rantau itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi lancar kereta api laju

Kereta Api Laju Haramain (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 26 Sep 2018 09:44AM Dikemas Kini : 26 Sep 2018 09:49AM

RIYADH: Raja Salman pada Selasa (25 Sep) merasmikan kereta api laju menghubungkan Makkah dan Madinah, yang disifatkan pegawai tempatan sebagai projek pengangkutan terbesar di rantau itu.

Sistem Kereta Api Laju Haramain akan membawa jemaah haji dan umrah selain pengguna biasa, sejauh 450 kilometer antara kedua-dua bandar menerusi pelabuhan Laut Merah di Jeddah dalam masa dua jam.

“Projek ini dianggap projek pengangkutan terbesar di Asia Barat,” kata pengurus projek Haramain, Mohammed Falaha.

Tiga puluh lima kereta api penumpang yang mampu bergerak pada kelajuan 300 kilometer sejam akan mengurangkan waktu perjalanan daripada beberapa jam kepada 120 minit, kata pegawai pengangkutan.

Pelancaran projek kereta api itu yang sudah beberapa kali dilengahkan dibina pada kos AS$16 bilion (S$22 bilion), menurut laporan media Saudi.

Pada 2011, Arab Saudi menandatangani satu perjanjian dengan sebuah konsortium Sepanyol untuk membina landasan kereta api, membekalkan 35 kereta api kelajuan tinggi dan mengendalikan satu kontrak penyenggaraan 12 tahun.

Arab Saudi sedang meningkatkan perbelanjaan prasarana dan meluaskan sistem kereta apinya termasuk sebuah sistem metro bernilai AS$22.5 bilion (S$30.7 bilion) yang sedang dibina di ibu kota Riyadh dalam usahanya untuk mempelbagaikan sumber ekonomi yang banyak bergantung kepada hasil minyak.

Musim haji yang bermula pada September tahun hadapan dijangka menghimpunkan lebih dua juta Muslim di Makkah. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AFP/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan