Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi lakukan penyusunan semula majlis ulama kanan

Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud pada Ahad (18 Okt) mengeluarkan beberapa perintah diraja berkenaan dengan penyusunan semula Majlis Ulama Kanan, badan agama tertinggi Arab Saudi.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi lakukan penyusunan semula majlis ulama kanan

Raja Salman Abdulaziz al Saud. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 19 Oct 2020 03:05PM Dikemas Kini : 19 Oct 2020 03:08PM

RIYADH: Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud pada Ahad (18 Okt) mengeluarkan beberapa perintah diraja berkenaan dengan penyusunan semula Majlis Ulama Kanan, badan agama tertinggi Arab Saudi.

Menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA), perintah diraja melantik Sheikh Abdulaziz bin Abdullah bin Mohammed Al Al-Sheikh, Mufti Arab Saudi, sebagai Presiden Majlis Ulama Kanan.

Beliau juga menamakan Dr Mishaal bin Fahim bin Mohammed Al-Sulami sebagai Naib Speaker Majlis Syura dan Dr Hanan binti Abdurrahim bin Mutlaq Al-Ahmadi sebagai Penolong Speaker Majlis Syura.

Perintah diraja itu turut termasuk pelantikan baru Syeikh Khalid bin Abdullah bin Mohammed Al-Luhaidan sebagai Ketua Mahkamah Agung dan Syeikh Ghaiheb bin Mohammed bin Abdullah Al-Ghaihab sebagai penasihat di Mahkamah Diraja.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan