Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi kesal disenarai hitam EU berhubung wang haram: Kenyataan

Arab Saudi menyatakan ia kesal terhadap keputusan Suruhanjaya Eropah untuk menyertakan kerajaan itu dalam senarai hitam negara-negara yang dianggap menimbulkan ancaman terhadap blok ekonomi itu kerana kawalan lemah terhadap pembiayaan pengganasan dan pengubahan wang haram.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi kesal disenarai hitam EU berhubung wang haram: Kenyataan

Menteri Kewangan Arab Saudi Mohamed Al-Jadaan (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Feb 2019 02:45PM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 02:49PM

KAHIRAH: Arab Saudi menyatakan ia kesal terhadap keputusan Suruhanjaya Eropah untuk menyertakan kerajaan itu dalam senarai hitam negara-negara yang dianggap menimbulkan ancaman terhadap blok ekonomi itu kerana kawalan lemah terhadap pembiayaan pengganasan dan pengubahan wang haram.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudi Press Agency pada awal Khamis (14 Feb).

"Komitmen Arab Saudi untuk mengatasi pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganasan adalah satu keutamaan strategik dan kami akan terus membangunkan serta memperkukuh rangka kerja pengawalan dan undang-undang untuk mencapai matlamat ini," menurut kenyataan itu yang menukil Menteri Kewangan Arab Saudi Mohammed al-Jadaan.

"Arab Saudi kesal dengan semakan senarai 'risiko tinggi' yang diusulkan Suruhanjaya Eropah," lapor Saudi Press Agency.

Riyadh sedang dipertimbang untuk dimasukkan dalam senarai hitam itu "meskipun banyak langkah diambil untuk memperkukuh rangka kerja undang-undang yang membawa kepada peningkatan kerjasama dengan rakan-rakannya," tambah laporan itu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan