Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi isytihar perintah berkurung bagi kekang COVID-19

Raja Salman pada Ahad (22 Mac) mengeluarkan arahan menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh Arab Saudi mulai petang Isnin (23 Mac) bagi mengekang penularan COVID-19 di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi isytihar perintah berkurung bagi kekang COVID-19

(Gambar fail)

Diterbitkan : 23 Mar 2020 01:18PM Dikemas Kini : 23 Mar 2020 01:19PM

RIYADH: Raja Salman pada Ahad (22 Mac) mengeluarkan arahan menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh Arab Saudi mulai petang Isnin (23 Mac) bagi mengekang penularan COVID-19 di negara itu.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh mahkamah diraja yang ditukil oleh Saudi Press Agency (SPA) menyatakan perintah berkurung itu akan bermula dari pukul 7.00 malam hingga 6.00 pagi setiap hari selama 21 hari mulai petang 28 Rejab 1441 mengikut kalendar Hijrah, bersamaan 23 Mac 2020 berdasarkan kalendar Gregory.

Arahan Raja Salman itu menyusuli pengumuman 119 kes baru COVID-19 pada Ahad oleh Kementerian Kesihatan Saudi, menaikkan jumlah keseluruhan kes di negara itu kepada 511.

Arahan itu juga menggesa para penduduk dan rakyat Saudi untuk tidak meninggalkan rumah semasa tempoh berkurung bagi keselamatan mereka sendiri.

Dalam pada itu, kenyataan itu juga menyatakan Kementerian Ehwal Dalam Negeri akan mengambil langkah perlu untuk menguatkuasakan perintah berkurung dan semua pihak berkuasa awam dan tentera diarahkan untuk bekerjasama sepenuhnya.

Mereka yang dikecualikan daripada perintah berkurung itu adalah para kakitangan sektor industri awam dan swasta penting yang mempunyai tugas yang perlu dijalankan secara berterusan.

Juga dikecualikan adalah kakitangan sektor keselamatan, tentera dan media dan para pegawai dalam sektor kesihatan dan perkhidmatan.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan