Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi haramkan perbuatan 'intip' telefon pasangan

Mengintip telefon pasangan kini adalah satu jenayah di Arab Saudi yang boleh menyebabkan pesalah terpaksa meringkuk dalam penjara atau membayar denda sehingga AS$3,000 (S$4,000).

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi haramkan perbuatan 'intip' telefon pasangan

Gambar fail.

Diterbitkan : 04 Apr 2018 06:39PM Dikemas Kini : 04 Apr 2018 06:41PM

RIYADH: Mengintip telefon pasangan kini adalah satu jenayah di Arab Saudi yang boleh menyebabkan pesalah terpaksa meringkuk dalam penjara atau membayar denda sehingga AS$3,000 (S$4,000).

Ini didedahkan dalam laporan agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan kerajaan tersebut. Kenyataan itu dikeluarkan pada Isnin (2 Mac).

Undang-Undang Antijenayah Siber yang baru menetapkan aktiviti seperti mengintip data yang dihantar menerusi komputer tanpa kebenaran, atau mengakses komputer dengan niat untuk mengancam atau memeras ugut mana-mana orang sebagai satu kesalahan.

"Perkembangan media sosial menyebabkan peningkatan yang stabil dalam jenayah siber seperti peras ugut, penyelewengan dan fitnah, selain penggodaman akaun," menurut kenyataan itu.

Kerajaan berkata undang-undang itu bertujuan "melindungi moral individu serta masyarakat selain melindungi privasi," dan akan dikenakan ke atas kaum Adam dan Hawa.

Bagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat bahawa ia pada akhirnya akan lebih melindungi golongan lelaki kerana undang-undang itu akan menjadikan keadaan lebih sukar bagi wanita membuktikan dakwaan berhubung penderaan atau persetubuhan rambang terhadap suami mereka.

Teknologi media sosial kini semakin popular di negara Arab. Pada suku ketiga 2017, sejumlah 75 peratus daripada jumlah penduduk di negara itu adalah pengguna media sosial yang aktif.

Rangkaian sosial paling popular di negara itu ialah aplikasi mesej WhatsApp dengan kadar penembusan sebanyak 71 peratus.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan