Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi diminta bantu kegiatan NGO Islam sedunia

Arab Saudi diminta supaya turut memberi kerjasama dalam membantu pertubuhan bukan pemerintah (NGO) Islam melaksanakan misi bantuan mereka kepada umat Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi diminta bantu kegiatan NGO Islam sedunia

Bantuan perubatan di salah sebuah kem pelarian Rohingya di Bangladesh. (Gamabr: TAUSEEF MUSTAFA/AFP)

Diterbitkan : 28 May 2018 08:42AM Dikemas Kini : 28 May 2018 08:47AM

KUALA LUMPUR: Arab Saudi diminta supaya turut memberi kerjasama dalam membantu pertubuhan bukan pemerintah (NGO) Islam melaksanakan misi bantuan mereka kepada umat Islam.

Menggesa demikian semalam (27 Mei), Pengerusi Pertubuhan NGO Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, ini penting bagi memartabatkan umat Islam sejagat.

Selain itu, kata beliau, rakyat Malaysia menerusi NGO juga berperanan membantu masyarakat antarabangsa dalam pelbagai isu.

Menurut Datuk Dr Mustapha, rakyat Malaysia tidak kira kaum begitu bermurah hati dan prihatin membantu masyarakat antarabangsa khususnya dalam misi kemanusiaan seperti di Palestin dan Syria serta bantuan kemanusiaan Rohingya di Myanmar.

Beliau bercakap pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussein Saeed Qattan.

  

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan