Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi buka sempadan kepada pelancong yang sudah divaksinasi

Arab Saudi mengumumkan hari ini (30 Jul) bahawa ia akan membuka sempadan kepada pelancong asing yang sudah lengkap divaksinasi, setelah 17 tahun ia ditutup akibat pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi buka sempadan kepada pelancong yang sudah divaksinasi

(Gambar: AFP/Fayez Nureldine)

Diterbitkan : 30 Jul 2021 12:26PM Dikemas Kini : 05 Aug 2021 09:42AM

RIYADH: Arab Saudi mengumumkan hari ini (30 Jul) bahawa ia akan membuka sempadan kepada pelancong asing yang sudah lengkap divaksinasi, setelah 17 bulan ia ditutup akibat pandemik COVID-19.

Demikian menurut agensi rasmi negara.

Bagaimanapun Riyadh tidak mengumumkan sebarang penarikan balik sekatan bagi ibadah umrah yang lazimnya menarik kunjungan jutaan jemaah Muslim dari merata dunia.

"Kementerian Pelancongan mengumumkan bahawa Kerajaan Arab Saudi akan membuka pintu kepada pelancong asing, dan menarik balik penggantungan kemasukan bagi pemegang visa pelancong, mulai 1 Ogos," lapor Agensi Berita Saudi.

Ia mengumumkan para pelancong yang sudah lengkap divaksinasi dengan suntikan yang diluluskan Arab Saudi - iaitu Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Moderna atau Johnson & Johnson - akan dapat memasuki negara itu "tanpa perlu menjalani kuarantin di kemudahan khas", dengan syarat mereka juga mempunyai bukti keputusan negatif ujian PCR yang diambil dalam 72 jam sebelumnya dan sudah mendaftarkan butiran diri dengan penguasa kesihatan.

Riyadh sudah melaburkan berbilion dolar dalam usaha untuk membangunkan industri pelancongan, sebagai sebahagian usahanya untuk mempelbagaikan ekonomi yang bergantung pada minyak.

Negara yang dahulu agak terasing mula mengeluarkan visa pelancong buat pertama kalinya pada 2019, sebagai sebahagian daripada usaha untuk giat memperbaiki imej globalnya dan menarik pengunjung.

Antara September 2019 dengan Mac 2020, ia mengeluarkan 400,000 visa - namun malangnya terhenti dek pandemik yang menyebabkan sempadan perlu ditutup.

COVID-19 juga mengganggu ibadah haji dan umrah, yang merupakan penjana utama pendapatan kerajaan. Pada waktu-waktu biasa, industri tersebut boleh mengumpulkan sekitar AS$12 bilion (S$16.2 bilion) setiap tahun.

Buat masa ini hanya jemaah yang menetap di Arab Saudi yang sudah menerima vaksin boleh mendapatkan permit.

Arab Saudi setakat ini mencatat lebih 523,000 kes koronavirus dengan 8,213 kematian.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan