Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi benar wanita, lelaki asing kongsi hotel

Arab Saudi membenarkan lelaki dan wanita warga asing menyewa bilik hotel bersama tanpa perlu membuktikan mereka mempunyai hubungan, selepas pentadbiran diraja konservatif itu melancarkan pelaksanaan visa baru untuk menarik pelancong.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi benar wanita, lelaki asing kongsi hotel

Lobi hotel Ritz Carlton di ibu kota Saudi, Riyadh, pada 24 Okt 2018. (Gambar: GIUSEPPE CACACE / AFP)

Diterbitkan : 06 Oct 2019 04:30PM Dikemas Kini : 06 Oct 2019 04:43PM

RIYADH: Arab Saudi membenarkan lelaki dan wanita warga asing menyewa bilik hotel bersama tanpa perlu membuktikan mereka mempunyai hubungan, selepas pentadbiran diraja konservatif itu melancarkan pelaksanaan visa baru untuk menarik pelancong.

Wanita termasuk warga tempatan, juga dibenarkan menyewa bilik hotel bersendirian, dalam perubahan terhadap peraturan sebelumnya.

Tindakan itu jelas memberi laluan kepada wanita yang tidak ditemani untuk melancong lebih mudah dan bagi pelawat asing tidak berkahwin untuk tinggal bersama di negara Teluk itu.

Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi mengesahkan dalam satu laporan pada Jumaat (4 Okt) oleh akhbar bahasa Arab, Okaz sambil menambah: “Semua rakyat Arab Saudi diminta menunjukkan kad pengenalan keluarga atau bukti hubungan jika mendaftar masuk hotel.

“Perkara ini tidak tertakluk kepada pelancong asing. Semua wanita termasuk rakyat Arab Saudi boleh menempah dan tinggal di hotel bersendirian, namun perlu menunjukkan kad pengenalan ketika mendaftar masuk.”

Arab Saudi membuka pintunya kepada pelancong asing dari 49 negara minggu lalu ketika ia cuba mengembangkan sektor berkenaan dan mempelbagaikan ekonominya selain eksport minyak.

Sebagai sebahagian langkah itu, ia mengeluarkan arahan bahawa pelancong tidak perlu memakai jubah hitam keseluruhannya namun berpakaian sopan. Minuman keras masih dilarang.

Arab Saudi dianggap negara sukar dikunjungi bagi pelancong dengan sebelum ini hanya mengeluarkan visa untuk perniagaan dan lawatan keluarga, selain haji serta umrah.

Pelancongan menjadi segmen penting dalam Wawasan 2030 Arab Saudi untuk meningkatkan pelancong asing dan tempatan hingga 100 juta orang menjelang 2030.

Sumber : Reuters/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan