Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi akan tarik balik sebahagian sekatan penerbangan antarabangsa pada 15 Sep

Arab Saudi akan menarik balik sebahagian daripada penggantungan penerbangan antarabangsa menjelang 15 Sep bagi membenarkan rakyat dan penduduk dalam "kategori terkecuali" untuk melakukan perjalanan, menurut agensi berita negara SPA pada Ahad (13 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi akan tarik balik sebahagian sekatan penerbangan antarabangsa pada 15 Sep

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Sep 2020 08:20AM Dikemas Kini : 14 Sep 2020 08:22AM

RIYADH: Arab Saudi akan menarik balik sebahagian daripada penggantungan penerbangan antarabangsa menjelang 15 Sep bagi membenarkan rakyat dan penduduk dalam "kategori terkecuali" untuk melakukan perjalanan, menurut agensi berita negara SPA pada Ahad (13 Sep).

Kerajaan itu akan menarik balik semua sekatan perjalanan terhadap pengangkutan udara, darat dan laut bagi rakyatnya pada 1 Jan 2021.

Pada Mac, Arab Saudi menggantung semua khidmat penerbangan antarabangsa bagi mencegah penularan virus korona baru.

Kategori-kategori yang dikecualikan termasuk kakitangan sektor awam dan tentera, pegawai diplomat dan anggota keluarga mereka, mereka yang bertugas dalam sektor awam atau sektor swasta bukan mencari untung di luar negara, para ahli perniagaan, para pesakit yang memerlukan rawatan di luar negara, mereka yang menuntut di luar negara serta orang-orang yang terlibat dalam kes-kes kemanusiaan dan pasukan sukan.

Rakyat Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan mereka yang bukan penduduk Saudi dengan
tempoh penginapan yang sah atau visa pelawat akan dibenarkan masuk ke negara itu mulai 15 Sep dengan syarat mereka dapat membuktikan bahawa mereka diuji negatif bagi COVID-19.

Kerajaan itu memperkenalkan langkah-langkah ketat bagi membendung penularan COVID-19 pada Mac, termasuk perintah berkurung selama 24 jam di kebanyakan daerah dan bandar.

Arab Saudi telah melaporkan 325,651 kes COVID-19 dan 4,261 kematian secara keseluruhan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan