Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Apple berdepan tuntutan mahkamah selepas umum punca sebenar model lama iPhone ‘lembab’

Syarikat Apple Inc ‘menipu’ para pengguna iPhone dengan melambatkan peranti tanpa terlebih dahulu memberi amaran bagi mengimbangi prestasi bateri yang kurang baik.

Anggaran Waktu Membaca:
Apple berdepan tuntutan mahkamah selepas umum punca sebenar model lama iPhone ‘lembab’

Gambar hiasan. (Gambar: Apple)

Diterbitkan : 28 Dec 2017 08:40AM Dikemas Kini : 28 Dec 2017 08:42AM

SAN FRANCISCO: Syarikat Apple Inc ‘menipu’ para pengguna iPhone dengan melambatkan peranti tanpa terlebih dahulu memberi amaran bagi mengimbangi prestasi bateri yang kurang baik. Demikian menurut lapan tuntutan mahkamah yang difailkan di beberapa mahkamah persekutuan pada minggu sejak syarikat itu mendedahkan tentang perubahan pada perisian yang sudah beroperasi buat setahun lamanya.

Pengemaskinian perisian itu mendorong para pengguna iPhone untuk mencuba menghuraikan isu-isu yang dihadapinya.

Kesemua tuntutan mahkamah - difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di California, New York dan Illinois - mewakili mungkin berjuta-juta pemilik iPhone di seluruh negara.

Menurut laporan akhbar Haaretz, kes yang serupa difailkan di mahkamah Israel pada hari Isnin (25 Dis).

Syarikat itu mengakui minggu lalu buat kali pertama secara terperinci bahawa pengemaskinian sistem operasi yang dikeluarkan sejak "tahun lepas" bagi iPhone 6, iPhone 6s, iPhone SE dan iPhone 7 mempunyai ciri "untuk melancarkan" bekalan kuasa dari bateri yang sejuk, lama atau yang dicas hanya buat seketika.

Telefon tanpa pengemaskinian ini akan dimatikan secara tiba-tiba kerana satu ciri direka bagi mencegah komponen-komponen daripada menjadi rosak, demikian menurut Apple.

Pendedahan itu menyusuli laporan analisis yang dikeluarkan pada 18 Disember oleh Primate Labs. Primate Labs menghasilkan aplikasi yang mengukur prestasi iPhone. Laporan itu mengenal pasti kelemahan pada kelajuan pemprosesan akibat pengemaskinian yang dilakukan.

Salah satu tuntutan mahkamah yang difailkan Khamis lalu (21 Dis) di San Francisco, mengatakan bahawa "ketidakupayaan bateri untuk menangani permintaan yang terhasil oleh kelajuan pemproses" tanpa peningkatan perisian merupakan satu kerosakan.

"Apple memilih untuk tidak mengatasi kerosakan bateri dengan menyediakan penggantian bagi kesemua iPhone yang terjejas, malah ia cuba untuk menutup masalah ini," menurut aduan yang dibuat.

Plaintif dalam kes itu diwakili oleh peguam Jeffrey Fazio, yang mewakili plaintif yang menuntut AS$53 juta (S$71 juta) daripada Apple pada 2013 berhubung pengendalian tuntutan jaminan iPhone.

Namun masalah yang dilihat sekarang ialah pengguna sepanjang tahun lepas kemungkinan berfikir prestasi peranti mereka melambat kerana pemproses komputer yang mengalami ‘penuaan’ - lalu memilih untuk membeli telefon baru - sedangkan punca sebenar terletak pada bateri lemah yang boleh digantikan pada kos lebih rendah.

"Sekiranya ternyata pengguna menggantikan bateri mereka dan bukan membeli iPhone baru apabila mendapat tahu tentang punca sebenar, anda mungkin akan mempunyai kes yang lebih baik atas salah gambaran atau penipuan," kata Dr Rory Van Loo, seorang profesor Universiti Boston yang pakar dalam undang-undang teknologi pengguna. 

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan