Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Aplikasi pas perjalanan IATA akan dilancar pada pertengahan Apr

Badan industri penerbangan global IATA menyatakan pada Rabu (31 Mac) bahawa pas perjalanan digital bagi hasil ujian COVID-19 dan sijil vaksinasi akan dilancarkan di platform Apple pada pertengahan April.

Anggaran Waktu Membaca:
Aplikasi pas perjalanan IATA akan dilancar pada pertengahan Apr

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 31 Mar 2021 10:45PM Dikemas Kini : 31 Mar 2021 10:47PM

DUBAI: Badan industri penerbangan global IATA menyatakan pada Rabu (31 Mac) bahawa pas perjalanan digital bagi hasil ujian COVID-19 dan sijil vaksinasi akan dilancarkan di platform Apple pada pertengahan April.

Pas perjalanan digital itu yang kini dalam fasa ujian, dijadual akan dilancarkan pada hujung Mac.

Naib Presiden Serantau IATA bagi Afrika dan Timur Tengah Kamil Alawadhi berkata ia dijangka akan dilancarkan di platform Apple pada sekitar 15 April dan pada tarikh lebih lewat bagi Android.

"Namun aplikasi itu hanya akan berjaya apabila syarikat-syarikat penerbangan, negara-negara lain, lapangan terbang menggunakannya," kata Encik Alawadhi.

IATA menyatakan bahawa pas perjalanannya itu akan bantu mempercepatkan proses daftar naik pesawat.

"Sejumlah besar syarikat penerbangan sudahpun menyerahkan permohonan masing-masing," kata Encik Alawadhi lagi.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan