Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Aplikasi ini pelawa penumpang lain beri tempat duduk kepada wanita hamil

Syarikat Dai Nippon Printing (DNP) memperkenalkan idea inovatif bagi memanfaatkan hakikat bahawa orang ramai terlalu kemaruk menggunakan telefon mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Aplikasi ini pelawa penumpang lain beri tempat duduk kepada wanita hamil

Seorang penumpang menaiki kereta api di stesen Shinjuku. (Gambar: FRED DUFOUR/AFP)

Diterbitkan : 13 Dec 2017 04:23PM Dikemas Kini : 15 Dec 2017 10:13PM

TOKYO: Jika anda lihat sana sini di gerabak kereta api, ramai penumpang yang menggunakan telefon bimbit mereka. Malah, anda sendiri pada saat ini mungkin sedang membaca artikel ini sambil menaiki kereta api.

Bukan salah, tetapi dalam keasyikan menggunakan telefon, kadangkala kami tidak sedar suasana sekitar, terutama sekali apabila ada penumpang yang memerlukan pertolongan.

Misalnya seorang wanita yang hamil memasuki gerabak kereta api tetapi tiada sesiapa yang mengendahkannya bukan kerana enggan menolong tetapi tidak sedar akan kehadirannya ekoran khayal menggunakan telefon.

Maka itu, di Tokyo, Jepun, syarikat Dai Nippon Printing (DNP) memperkenalkan idea inovatif bagi memanfaatkan hakikat bahawa orang ramai terlalu kemaruk menggunakan telefon mereka.

Syarikat tersebut menghasilkan aplikasi yang inovatif di mana seorang yang hamil itu boleh menghantar pesanan kepada sesiapa sahaja yang sudahpun mendaftar diri dengan aplikasi itu sekiranya beliau perlukan tempat duduk.

Sekiranya anda berdekatan, anda akan mendapat pesanan itu dan kemudian anda bolehlah menyerahkan tempat duduk kepada wanita berkenaan.

Sebelum ini, pihak berkuasa Jepun memberikan penanda kepada wanita-wanita yang hamil untuk dipakai semasa menaiki kereta api bagi menggalakkan penumpang lain bertolak ansur dan memberi tempat duduk mereka.

Namun, sesetengah daripada golongan wanita tersebut rasa segan untuk memakainya kerana takut dipandang sebagai terlalu memerlukan ataupun tidak sensitif kepada mereka yang tidak boleh hamil.

Aplikasi itu sedang menjalani ujian minggu ini dan sekiranya berkesan, ia akan dikembangkan untuk memanfaatkan golongan warga senja dan juga mereka yang kurang berupaya.

Sumber : Agensi berita/SM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan