Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AP UMNO, BN diminta sokong Perikatan Nasional sehingga Parlimen bubar

Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) diminta untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan, kata Setiausaha Agung BN Ahmad Maslan.

Anggaran Waktu Membaca:
AP UMNO, BN diminta sokong Perikatan Nasional sehingga Parlimen bubar

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 06 Mar 2021 02:50PM Dikemas Kini : 06 Mar 2021 02:53PM

PONTIAN: Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) diminta untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan, kata Setiausaha Agung BN Ahmad Maslan.

Beliau berkata sokongan itu penting untuk memastikan kerajaan sedia ada dapat melakukan yang terbaik dalam usaha mengekang pandemik COVID-19.

“Kerajaan sekarang adalah kerajaan campuran, ia bukan hanya kerajaan PN tetapi juga kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)…. sehingga pembubaran (Parlimen), kami masih bersama dalam kerajaan campuran ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Pontian hari ini (6 Mac).

Turut menerima suntikan vaksin itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Tanjung Piai Dr Wee Jeck Seng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang Muhammad Taqiuddin Che Man.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan