Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar tidak akan ambil alih kerusi Parlimen Pandan

Menurut Encik Anwar, buat masa ini tidak praktikal ambil alih kerusi Dr Wan Azizah yang baru memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar tidak akan ambil alih kerusi Parlimen Pandan

Gambar: Roslan Rahman/AFP

Diterbitkan : 07 Jun 2018 07:40AM Dikemas Kini : 07 Jun 2018 07:44AM

PETALING JAYA: Ketua Umum Parti keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim menolak andaian bahawa beliau akan mengambil alih kerusi Parlimen Pandan, yang kini diduduki isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Encik Anwar, buat masa ini tindakan sedemikian tidak praktikal, memandangkan Dr Wan Azizah baru memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Maka itu tidak praktikal jika Dr Wan Azizah perlu berundur diri lebih awal bagi memberi laluan kepada Encik Anwar.

Encik Anwar berkata, selepas dibebaskan dari penjara baru-baru ini, beliau lebih selesa untuk menjadi 'backbencher' ataupun penyokong kerajaan.

"Bebas. Saya nak pergi round dulu, saya ada komitmen, mengajar dan kuliah, banyak di beberapa universiti, dalam dan luar negara," katanya kepada para wartawan selepas memberi taklimat kepada wakil rakyat PKR, pada Rabu (6 Jun).

"Malah, saya pun belum ada pengalaman menjadi ahli Parlimen biasa. Sebelum ini, saya pernah memegang beberapa jawatan menteri dan pemimpin pembangkang jadi sekarang saya mahu jadi ‘backbencher’,” tambah Encik Anwar.

Majlis itu dihadiri seramai 48 daripada 50 anggota Parlimen PKR dan 51 daripada 67 Anggota Dewan Undang Negeri ADUN PKR.

Ia merupakan pertemuan rasmi pertama Encik Anwar bersama semua wakil rakyat, menyusuli pembebasan beliau setelah mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad Ke-5.

Selain itu, Encik Anwar turut mengesahkan tidak akan bertanding sebagai anggota Parlimen sepanjang tempoh sebelum bermulanya sesi mesyuarat pertama Dewan Rakyat 16 Julai ini.

Sumber : Bernama/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan