Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar: Saya tak campur urusan pemilihan parti

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak boleh mencampuri urusan pemilihan parti dan sebaliknya menyerahkan hal itu kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar: Saya tak campur urusan pemilihan parti

Gambar fail Encik Anwar Ibrahim. (Gambar: Olivia Harris/Reuters)

Diterbitkan : 11 Nov 2018 06:26PM Dikemas Kini : 11 Nov 2018 06:28PM

PORT DICKSON: Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak boleh mencampuri urusan pemilihan parti dan sebaliknya menyerahkan hal itu kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata, walaupun ramai pihak yang mendesaknya untuk berbuat sesuatu tetapi parti sudah membuat keputusan bahawa apa sahaja urusan pemilihan akan dikendalikan JPP.

“Banyak orang minta saya campur tetapi saya tidak boleh. Ini yang tidak difahami termasuk media.

“Saya tidak boleh campur dalam urusan pemilihan selain memastikan jangan ada penipuan, ugutan dan saya minta JPP melantik orang yang betul-betul bebas dan bersih,” katanya.

Encik Anwar berkata walaupun beliau mendapat maklumat berkaitan beberapa percubaan untuk menganggu urusan pengundian seperti kerosakan tablet, serangan siber dan sebagainya, tiada apa yang boleh dibuat kerana semua berada dibawah bidang JPP.

“Saya minta calon-calon untuk terima apa saja keputusan dengan baik dan dan kalau ada kes seperti mana dianggap ada penipuan, kerosakan tablet, ugutan... itu dibawa kepada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.

“Terima saja apa keputusan berdasarkan pandangan JPP dan saya minta pihak JPP meneliti tiap bantahan supaya benda itu diterima dengan baik,” katanya.

Encik Anwar yang menang tanpa bertanding jawatan presiden pada pemilihan kali ini, menjangkakan keputusan penuh Pemilihan Keadilan 2018 berkemungkinan akan lewat sedikit.

“Saya ingat berdasarkan pandangan JPP mungkin akan lewat sedikit (keputusan penuh).

“Tetapi saya tidak fikir kita akan panjangkan lagi sebab memanjangkan proses pemilihan ini menimbulkan banyak sangat pertelagahan dalaman,” katanya.

Ditanya kedudukan Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kerajaan memandangkan beliau kini sudah tidak memegang jawatan di dalam PKR, Encik Anwar berkata isu itu tidak menjadi masalah.

Hari ini, tujuh cabang PKR yang bermasalah dalam pemilihan parti mengadakan semula pengundian di kawasan masing-masing iaitu Kuala Selangor, Selangor; Jelebu, Negeri Sembilan; Alor Gajah, Masjid Tanah, Tangga Batu, Kota Melaka dan Jasin di Melaka.

Pada pemilihan kali ini, sebanyak 76 jawatan dipertandingkan di peringkat pusat dan lebih 10,000 jawatan dipertandingkan di peringkat cabang seluruh Malaysia.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan