Images
  • anwar
    Anwar Ibrahim bersama Presiden Turki Reccep Tayyip Erdogan dan isterinya. (Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)

Anwar jalani pembedahan tulang belakang di Istanbul

KUALA LUMPUR: Pemimpin Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim menjalani pembedahan tulang belakang di Istanbul, Turki, di mana beliau diziarahi presiden Turki dan isterinya.

Dalam satu catatan Facebook pada hari Ahad (8 Jul), Anwar berkata beliau ke Turki dari Jakarta untuk menjalani pembedahan tersebut sebagai sebahagian daripada rawatan untuk masalah tulang belakangnya.

Pada 23 Jun, Anwar dikejarkan ke bilik kecemasan selepas mengadu sakit di bahagian belakang dan bahu ketika pulang dari satu lawatan ke Turki.

Menurut beliau, pembedahan susulan dijalankan di Hospital Medipol Mega Universiti dan satu lagi pembedahan akan dilakukan di bahagian bahunya pada hari Khamis.

Semasa menjalani rawatan di Istanbul, Presiden Turki Reccep Tayyip Erdogan dan isterinya menziarahi Anwar.

"Presiden Reccep Tayyip Erdogan dan isterinya menziarahi saya semasa sesi pemulihan selepas pembedahan di Istanbul. Lawatan mereka sangat dihargai meskipun masa mereka terhad kerana kemenangan dalam pilihan raya baru-baru ini," katanya dalam satu lagi catatan Facebook.

Anwar menambah bahawa beliau mendapat sambutan positif daripada pemimpin Turki itu apabila beliau menyuarakan hasratnya untuk memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara Malaysia dengan Turki.

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa beliau akan menyerahkan kuasa kepada Anwar sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Anggota Parlimen dalam pilihan raya kecil atau dilantik sebagai senator.

- CNA/NA/na

Top