Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim siap tanding kerusi presiden PKR

Borang pencalonan Encik Anwar Ibrahim sebagai presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR 2018 di Petaling Jaya pada Ahad (5 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar Ibrahim siap tanding kerusi presiden PKR

Encik Anwar Ibrahim. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 05 Aug 2018 02:49PM Dikemas Kini : 05 Aug 2018 02:57PM

PETALING JAYA: Borang pencalonan Encik Anwar Ibrahim sebagai presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR 2018 di Petaling Jaya pada Ahad (5 Ogos).

Borang pencalonan beliau yang dicadangkan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail diserahkan oleh Pengarah Strategik PKR Sim Tze Tzin sebagai penyokong pada kira-kira 11.15 pagi.

Setiausaha JPP MPP PKR 2018, Encik Ismail Yusof mengumumkan penerimaan borang pencalonan berkenaan.

Sementara itu, setakat 11.44 pagi, dua borang pencalonan bagi merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dihantar.

Borang berkenaan dihantar sendiri oleh calon berkenaan iaitu Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi.

Timbalan Ketua AMK Melaka Naqiuddin Nazrin pula menghantar borang pencalonan untuk bertanding jawatan timbalan ketua AMK.

Naib Ketua Wanita PKR Dr Daroyah Alwi pula menghantar borang pencalonan bagi merebut jawatan timbalan ketua Wanita parti itu.

Proses pencalonan bagi pemilihan MPP PKR bermula 10 pagi tadi di Ibu Pejabat PKR.  

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan