Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim menang besar PRK Port Dickson; kian hampiri matlamat jadi PM M'sia

Anwar Ibrahim pada Sabtu (13 Okt) menang pilihan raya kecil Port Dickson, sekaligus menandakan bahawa laluannya untuk kembali ke Parlimen Malaysia selepas tiga tahun dan menyandang jawatan perdana menteri negara itu semakin menghampiri matlamatnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar Ibrahim menang besar PRK Port Dickson; kian hampiri matlamat jadi PM M'sia

Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 13 Oct 2018 09:50PM Dikemas Kini : 13 Oct 2018 10:09PM

PORT DICKSON, Malaysia: Encik Anwar Ibrahim pada Sabtu (13 Okt) memenangi pilihan raya kecil Port Dickson, sekaligus membuka laluan kepadanya untuk kembali ke Parlimen Malaysia selepas tiga tahun dan semakin menghampiri matlamatnya untuk menyandang jawatan perdana menteri negara itu.

Beliau berjaya memperolehi lebih 31,000 undi berbanding pesaing terdekatnya Nazari Mokhtar dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mendapat 7,456 undi.

Encik Anwar memperoleh 31,016 undi daripada 172 saluran undi sehingga penjumlahan tamat pada jam 9.15 malam.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Parlimen Port Dickson, Khairy Maamor sebentar tadi.

Keputusan rasmi itu menunjukkan Encik Anwar menewaskan enam pencabarnya iaitu calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, yang memperoleh 7,456 undi.

Calon Bebas Isa Samad, yang sebelum ini adalah mantan Menteri Besar Negeri Sembilan pula setakat mendapat lebih 4,000 undi.

Semasa berkempen, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diramal memenangi pilihan raya kecil itu setelah mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh politik termasuk Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

Awal minggu ini, Dr Mahathir memberikan sokongan kepada Encik Anwar dengan menghadiri rapat di Port Dickson - pertama kali kedua-dua tokoh politik itu berkongsi pentas sejak Dr Mahathir semasa menyandang jawatan perdana menteri ketika itu memecat Encik Anwar selaku timbalannya pada 1998.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan