Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim dibebaskan 8 Jun, menurut Jabatan Penjara M'sia

Pemimpin parti pembangkang Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara pada 8 Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar Ibrahim dibebaskan 8 Jun, menurut Jabatan Penjara M'sia

Anwar Ibrahim tiba di mahkamah untuk kes saman terhadap bekas sekutu politiknya. (Gambar: @AnwarGaleria/Twitter)

Diterbitkan : 08 Jan 2018 07:40AM Dikemas Kini : 08 Jan 2018 07:43AM

KUALA LUMPUR: Pemimpin parti pembangkang Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara pada 8 Jun.

Demikian disahkan oleh jabatan penjara negara itu semalam (7 Jan).

Pemimpin de facto Pakatan Harapan itu akan dibebaskan dua hari daripada yang dijadualkan.

"Memandangkan tarikh pembebasannya, iaitu 10 Jun, adalah hari Ahad dan 9 Jun merupakan hari Sabtu, dia akan dibebaskan pada 8 Jun, hari Jumaat," kata Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Zulkifli Omar.

Encik Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas tuduhan liwat, sabitan yang disifatkan oleh pihak pembangkang sebagai berunsur politik.

Hukuman penjara itu bermula pada bulan Februari 2015, namun hukuman ke atas para banduan dikurangkan sepertiga daripada tempoh asal di bawah undang-undang Malaysia.

Encik Zulkifli berkata jabatan penjara dan Penjara Sungai Buloh tidak menerima sebarang arahan daripada mana-mana pihak berkuasa untuk menukar tarikh pembebasan tersebut.

Semasa konvensyen tahunannya semalam, Pakatan Harapan mengumumkan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan