Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar beri keterangan 'tuduhan liwat di S'pura' sebelum PRK Port Dickson berakhir

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia Encik Anwar Ibrahim dijangka akan memberi keterangan berhubung dakwaan beliau disiasa oleh pihak berkuasa Singapura kerana terbabit dalam kes liwat 

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar beri keterangan 'tuduhan liwat di S'pura' sebelum PRK Port Dickson berakhir

Gambar fail Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 09 Oct 2018 05:40PM Dikemas Kini : 09 Oct 2018 06:07PM

PORT DICKSON: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia Encik Anwar Ibrahim dijangka akan memberi keterangan berhubung dakwaan beliau disiasat oleh pihak berkuasa Singapura kerana terbabit dalam kes liwat di negara itu sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson berakhir.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Mohd Faisal Mohd Noor yang mengesahkan perkara itu berkata buat masa ini, wakil Encik Anwar sudah mengesahkan akan memberikan sepenuhnya kerjasama bagi siasatan berkenaan.

“Kami belum lagi mengambil keterangan Encik Anwar kerana beliau masih sibuk dengan kempennya tetapi kami sudah dimaklumkan bahawa beliau akan bekerjasama. Keterangan Encik Anwar akan diambil sebelum hari mengundi PRK berakhir Sabtu ini (13 Okt)," katanya kepada para wartawan, hari ini (9 Okt).

Encik Mohd Faisal berkata setakat ini mereka sudah mencatatkan keterangan daripada empat individu termasuk pengadu iaitu Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, yang membuat laporan polis berhubung berita palsu tersebut, pada 1 Oktober lalu.

Selain Encik Ahmad Fahmi, tiga lagi individu lain ialah anggota Majlis Tertinggi UMNO Encik Lokman Noor Adam, wakil media dari Singapura serta wakil media Utusan Malaysia juga sudah selesai memberi keterangan.

Pada 30 September lepas, Encik Lokman Noor dalam satu catatan di laman Facebooknya memetik BERITAmediacorp mendakwa kononnya Encik Anwar disiasat oleh pihak berkuasa Singapura kerana terbabit dalam kes liwat di negara itu.

BERITA menafikan menerbit serta menjadi sumber laporan berkenaan dan menyifatkannya sebagai berita palsu. Encik Lokman juga dimaklumkan supaya menurunkan berita itu.

Catatan Facebook itu kemudian diturunkan dan Encik Lokman menjelaskan bahawa artikel tersebut tidak diterbitkan oleh Beritamediacorp.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan