Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar beri jaminan penyertaan bekas AP UMNO tidak gugat agenda pembaharuan

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Encik Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada sekutu Pakatan Harapan (PH) dan rakyat, penyertaan bekas anggota Parlimen UMNO/Barisan Nasional (BN) ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan menggugat agenda pembaharuan yang sudah dipersetujui.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar beri jaminan penyertaan bekas AP UMNO tidak gugat agenda pembaharuan

Gambar fail Encik Anwar Ibrahim. (Gambar: Olivia Harris/Reuters)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 08:35AM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 09:04AM

TORONTO: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Encik Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada sekutu Pakatan Harapan (PH) dan rakyat, penyertaan bekas anggota Parlimen UMNO/Barisan Nasional (BN) ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan menggugat agenda pembaharuan yang sudah dipersetujui.

Bagaimanapun, Encik Anwar berkata, Bersatu mempunyai hak untuk menerima ahli yang keluar daripada bekas parti pemerintah selagi tidak melanggar peraturan dan bertentangan dengan persetujuan pembaharuan sebelum ini.

Menurut Encik Anwar, Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah memberikan jaminan semasa mesyuarat PH bahawa beliau tidak melanggar dasar dan agenda seperti yang dijanjikan dengan rakyat.

Encik Anwar berada di Kanada bagi menyampaikan ceramah di Universiti Toronto.

"Apa boleh saya katakan?...agenda pembaharuan tidak akan dirampas (walaupun menerima mereka yang berpaling tadah). Kita berhutang dengan rakyat yang menyokong," katanya.

Mengikut persetujuan Dr Mahathir akan berkhidmat selama dua tahun sebagai Perdana Menteri dan akan menyerahkan kuasa kepada Encik Anwar selepas dua tahun.

Mengulas mengenai isu pemilihan parti PKR lewat tahun lalu, Encik Anwar mempertahankan pelantikan Encik Rafizi Ramli sebagai naib presiden, meskipun beliau ditewaskan oleh Encik Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden.

Menurut Encik Anwar, Encik Rafizi sudah memberikan sumbangan yang besar kepada pilihan raya umum lalu.

"Tiada siapa yang boleh menafikan peranan Encik Rafizi dan Encik Azmin. Saya tidak melantik Encik Rafizi sebagai timbalan presiden tetapi naib presiden, kenapa (orang) mengutuknya adakah kerana beliau kalah, justeru perlu diketepikan sepenuhnya? Sebagai parti demokratik kita tidak sepatutnya bertindak sedemikian," kata Encik Anwar. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan