Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar bakal dibebaskan langsung dari hospital

Proses pembebasan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilakukan di Hospital Rehabilitasi Cheras tanpa perlu dibawa ke Penjara Sungai Buloh.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar bakal dibebaskan langsung dari hospital

Gambar fail Anwar Ibrahim. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 May 2018 12:52AM Dikemas Kini : 16 May 2018 12:53AM

KUALA LUMPUR: Proses pembebasan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilakukan di Hospital Rehabilitasi Cheras tanpa perlu dibawa ke Penjara Sungai Buloh.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata Datuk Seri Anwar dijangka dibebaskan selepas syor pembebasan dan pengampunan penuh oleh mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja yang bersidang 11 pagi nanti (16 Mei).

"Jadi, jangkaan kita (pembebasan) sekitar tengah hari esok sebelum perhimpunan pada sebelah petang di Petaling Jaya," katanya.

Kelmarin (14 Mei) Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan agar semua prosedur berkaitan prosiding Lembaga Pengampunan Diraja untuk Anwar dimuktamadkan hari ini (16 Mei).

Datuk Seri Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Beliau, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sebelum ini dijadual dibebaskan pada 8 Jun. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan