Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Antartika catat suhu paling panas dalam sejarah

Sebuah pangkalan penyelidikan di Antartika mencatatkan suhu terpanas di benua itu di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai pemanasan bumi yang menyebabkan pencairan air batu di kutub selatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Antartika catat suhu paling panas dalam sejarah

(Gambar fail: Reuters/Deborah Zabarenko)

Diterbitkan : 08 Feb 2020 03:16PM Dikemas Kini : 08 Feb 2020 03:23PM

GENEVA/BUENOS AIRES: Sebuah pangkalan penyelidikan di Antartika mencatatkan suhu terpanas di benua itu di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai pemanasan bumi yang menyebabkan pencairan air batu di kutub selatan.

Pangkalan Esperanza di hujung utara Semenanjung Antartika mencatat suhu 18.3 darjah Celsius, tertinggi yang pernah dicatatkan, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) pada Jumaat (7 Feb).

Jurucakap WMO, Clare Nullis, memberitahu para wartawan di Geneva, "Ini bukan satu suhu yang biasanya dikaitkan dengan Antartika pada musim panas sekalipun. Ia mengatasi suhu rekod 17.5 darjah Celsius yang dicatat pada 2015," jurucakap WMO Clare Nullis memberitahu para wartawan di Geneva.

"Semenanjung Antartika ... adalah antara kawasan yang mengalami pemanasan terpantas di bumi. Kita banyak mendengar tentang Artik, tetapi bahagian ini di semenanjung Antartika sedang meningkat panas dengan pantas."

Para saintis percaya bahawa pemanasan bumi telah menyebabkan pencairan yang begitu banyak di kutub selatan hinggakan lembaran ais gergasi itu berkemungkinan besar akan hancur. Ini akan menyebabkan kenaikan tahap paras laut sebanyak sekurang-kurangnya tiga meter (10 kaki) dalam beberapa abad.

Sebuah jawatankuasa WMO akan mengesahkan sama ada suhu yang dirakam oleh perkhidmatan meteorologi kebangsaan Argentina adalah rekod baru untuk benua Antartika. Rekod di rantau Antartika lebih luas adalah 19.8 darjah Celsius pada bulan Januari 1982.

"Jumlah ais yang hilang setiap tahun dari lembaran ais Antartika meningkat kepada sekurang-kurangnya enam kali ganda antara 1979 dengan 2017," tambah Cik Nullis berdasarkan imej-imej yang menunjukkan retakan di glasier di Antartika.

"Pencairan dari glasier ini, sepertimana yang anda ketahui, bermakna kita menghadapi masalah besar dari segi kenaikan paras air laut."

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan