Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anjing selamatkan bayi ditanam hidup-hidup di Thailand

Seekor anjing di utara Thailand menyelamatkan seorang bayi baru lahir yang didakwa ditanam hidup-hidup oleh ibunya iaitu seorang remaja, 15 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Anjing selamatkan bayi ditanam hidup-hidup di Thailand

(Gambar hiasan: Janko Ferlič/Unsplash)

Diterbitkan : 18 May 2019 02:16PM Dikemas Kini : 18 May 2019 02:25PM

CHUM PHUANG, THAILAND: Seekor anjing di utara Thailand menyelamatkan seorang bayi baru lahir yang didakwa ditanam hidup-hidup oleh ibunya iaitu seorang remaja, 15 tahun.

Bayi lelaki itu dipercayai dibuang bagi menyembunyikan kehamilannya daripada ibu bapa beliau.

Menurut pemilik anjing itu, beliau terlihat kaki bayi itu terkeluar dari tanah setelah mendengar anjingnya menyalak dan menggali sesuatu di sebuah ladang di kampung Ban Nong Kham.

Para penduduk tempatan segera membawa bayi itu ke hospital dan doktor mengesahkannya berada dalam keadaan sihat.

Ibu bayi tersebut didakwa atas tuduhan mengabaikan anaknya dan pencubaan membunuh.

Menurut Encik Panuwat Puttakam, seorang pegawai di stesen polis Chum Phuang, kepada Bangkok Post, remaja itu kini dibawah jagaan ibu bapanya dan seorang pakar psikologi.

Menurutnya, remaja berkenaan menyesali tindakannya.

Ibu bapa remaja itu mengambil keputusan untuk membesarkan bayi tersebut. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan