Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anjing berenang 220 kilometer ke pelantar minyak

Seekor anjing yang ditemui berenang lebih 220 kilometer dari pantai oleh pekerja di pelantar minyak di Teluk Thailand sudah selamat dikembalikan ke darat.

Anggaran Waktu Membaca:
Anjing berenang 220 kilometer ke pelantar minyak

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 08 May 2019 12:50PM Dikemas Kini : 19 Jun 2019 12:22AM

BANGKOK: Seekor anjing yang ditemui berenang lebih 220 kilometer dari pantai oleh pekerja di pelantar minyak di Teluk Thailand sudah selamat dikembalikan ke darat.

Seorang pekerja di pelantar milik Chevron Thailand Exploration and Production, Vitisak Payalaw, menulis di laman Facebooknya bahawa mereka ternampak anjing tersebut berenang ke arah platform Jumaat lalu. Beliau berkata mereka bernasib baik mengesannya kerana jika laut berombak ketika itu, mungkin anjing tersebut tidak dapat dilihat.

Anjing itu berjaya berenang hingga ke pelantar, berpaut pada struktur sokongan di bawah dek tanpa menyalak atau merengek, tulis Encik Vitisak.

Para kakitangan berjaya menurunkan tali dan mengikatnya di sekitar leher anjing lalu mengangkatnya. Encik Vitisak berkata mereka membuat andaian bahawa anjing itu mungkin terjatuh dari bot memancing, dan menggelarnya Boon Rod, atau 'Survivor'.

Anjing itu kemudian dihantar menggunakan bot ke pelabuhan selatan Songkhla pada Isnin dan disahkan dalam keadaan baik selepas dibawa ke kumpulan perlindungan haiwan Watchdog Thailand.

Encik Vitisak berkata jika anjing itu tidak dituntut oleh sesiapa, beliau ingin membawa haiwan itu pulang ke rumahnya di timur laut Thailand.

Sumber : AP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan