Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angkara siapa ukir nama 'Trump' di badan manatee

Pihak berkuasa hidupan liar di Florida pada Isnin (11 Jan), meminta bantuan pelbagai pihak bagi mengesan individu bertanggungjawab mengukir nama 'Trump' di bahagian badan seekor manatee.

Anggaran Waktu Membaca:
Angkara siapa ukir nama 'Trump' di badan manatee

(Gambar fail: AFP/GUILLAUME SOUVANT)

Diterbitkan : 12 Jan 2021 07:41PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 07:48PM

MIAMI: Pihak berkuasa hidupan liar di Florida pada Isnin (11 Jan), meminta bantuan pelbagai pihak bagi mengesan individu bertanggungjawab mengukir nama 'Trump' di bahagian badan seekor manatee.

Rayuan oleh Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar (FWS) dikemukakan setelah Citrus County Chronicle menerbitkan video yang jelas menunjukkan nama Presiden Amerika Syarikat (AS) itu diukir di badan mamalia itu.

Pegawai penyiasat bagi Khidmat Persekutuan, Craig Cavanna, memberitahu akhbar tempatan, beliau tidak dapat memberi komen 'mengenai siasatan yang sedang dijalankan'.

Bagaimanapun, menurutnya, individu tersebut berdepan hukuman denda sehingga AS$50,000 (S$66,000) dan penjara selama setahun di penjara persekutuan kerana mencederakan haiwan yang dilindungi itu.

Manatee itu dilihat kelmarin, empat hari selepas penyokong Donald Trump menyerang bangunan Capitol di Washington, yang mengorbankan lima nyawa. Bagaimanapun, tidak jelas bila haiwan itu dicederakan.

Mamalia itu dipercayai berenang di perairan Sungai Homosassa, di pantai barat Florida, di mana haiwan itu berkumpul ketika ketika ini untuk mencari kawasan lebih panas.

Terusan cetek menjadikan manatee dapat diakses pelancong yang menaiki bot untuk berenang bersama haiwan laut yang tidak berbahaya itu, sekali gus menjadikan haiwan itu lebih mudah diserang manusia.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan