Images
  • filipina ribut tembin
    Para penyelamat memindahkan mayat seorang mangsa di Lanao del Notre. (Gambar: MERLYN MANOS)

Angka korban taufan Tembin kini 240, ratusan lagi masih hilang di Filipina

MANILA: Angka korban akibat Ribut Tropika Tembin meningkat kepada 240 orang tetapi lebih 100 penduduk masih dilaporkan hilang, menurut para pegawai hari ini (25 Dis).

Mereka dipercayai tertimbus tanah runtuh atau dihanyutkan banjir besar akibat Ribut Tropika Tembin yang melanda pulau Mindanao hujung minggu lalu.

Para anggota penyelamat masih sukar untuk ke kawasan-kawasan pedalaman yang terjejas.

Sekurang-kurangnya 52,000 mangsa Ribut Tropika Tembin kini tinggal di 261 kem perlindungan. Ramai daripada mereka kehilangan harta benda.

Wilayah Lanao del Norte dan Lanao del Sur paling teruk terjejas dengan 27 orang yang terkorban.

Kini, Tembin diramalkan melanda bahagian selatan Vietnam pula.  

- AFP/AA/sm

Top