Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban taufan Mangkhut cecah 49 orang di Filipina

Taufan Mangkhut menimpakan kemusnahan besar ke atas harta benda dan meragut nyawa sekurang-kurangnya 49 orang manakala 13 yang lain masih hilang semasa membadai Pulau Luzon di Filipina pada Sabtu (15 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban taufan Mangkhut cecah 49 orang di Filipina

Bangunan roboh akibat taufan Mangkhut yang membadai Laoag di Filipina pada 15 September. (Gambar: Philippine Red Cross/menerusi Reuters)

Diterbitkan : 16 Sep 2018 09:20PM Dikemas Kini : 16 Sep 2018 09:30PM

MANILA: Taufan Mangkhut menimpakan kemusnahan besar ke atas harta benda dan meragut nyawa sekurang-kurangnya 49 orang manakala 13 yang lain masih hilang setelah ia membadai Pulau Luzon di Filipina pada Sabtu (15 Sep).

Kebanyakan mereka mati dalam beberapa kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat yang dibawa taufan dahsyat itu.

Para pegawai kaji cuaca Filipina berkata meskipun taufan Mangkhut sudah meninggalkan negara itu, hujan dijangka berterusan di beberapa kawasan, mungkin sehingga esok (17 Sep).

Beberapa batang jalan raya di bahagian utara masih ditutup kerana banjir dan hadangan-hadangan lain.

Operasi mencari dan menyelamat juga sedang dilakukan di kawasan-kawasan terpencil yang mengalami gangguan bekalan elektrik dan sistem perhubungan. 

Sumber : CNA/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan