Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban tanah runtuh Jepun meningkat kepada 15 orang

Angka korban akibat tanah runtuh yang melanda bandar peranginan Atami di Jepun meningkat kepada 15 orang, menurut seorang pegawai tempatan pada Ahad (18 Jul). Ratusan anggota penyelamat berkejar masa untuk terus mencari penduduk yang hilang.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban tanah runtuh Jepun meningkat kepada 15 orang

Tanah runtuh di Atami, barat daya Tokyo, Jepun pada 5 Jul 2021 menghanyutkan rumah-rumah (Gambar: AP Photo/Eugene Hoshiko)

Diterbitkan : 18 Jul 2021 04:50PM Dikemas Kini : 18 Jul 2021 04:52PM

TOKYO: Angka korban akibat tanah runtuh yang melanda bandar peranginan Atami di Jepun meningkat kepada 15 orang, menurut seorang pegawai tempatan pada Ahad (18 Jul). Ratusan anggota penyelamat berkejar masa untuk terus mencari penduduk yang hilang.

Jurucakap pihak pengurusan bencana Yuta Hara memberitahu AFP: "Dua lagi orang disahkan meninggal dunia hujung minggu ini, dengan angka korban kini meningkat kepada 15".

Lagi 14 orang belum dapat dikesan, tambah beliau.

Puluhan rumah dihanyutkan semasa bencana tanah runtuh di bandar peranginan itu pada 3 Julai.

Ia berlaku ekoran hujan lebat yang berlarutan selama beberapa hari di Atami dan kawasan sekitarnya. Atami terletak 90 kilometer di barat daya Tokyo.

Jepun sedang mengalami musim hujan ketika bencana itu melanda, dengan banyak bahagian negara itu menghadapi risiko tanah runtuh kerana rumah-rumah dibina di lereng-lereng bukit yang tanahnya mudah longgar dan boleh runtuh tanpa amaran setelah hujan lebat.

Saintis berkata perubahan iklim juga menyebabkan musim hujan yang lebih deras di Jepun kerana atmosfera lebih hangat menampung banyak air.

Usaha mencari dan menyelamat melibatkan sekitar 1,300 anggota polis, bomba, tentera dan pengawal pantai, kata jurucakap itu lagi. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan