Images
  • volcano
    (Gambar: AFP)

Angka korban letusan gunung berapi White Island meningkat kepada 20

WELLINGTON: Angka korban akibat letupan gunung berapi White Island meningkat kepada 20, menyusuli satu lagi kematian, lebih sebulan selepas berlaku tragedi itu, menurut pihak polis hari ini (13 Jan).

Angka korban terkini termasuk dua individu yang mayat mereka sehingga kini masih belum dijumpai.

“Polis mengesahkan seorang lagi individu meninggal dunia di hospital Australia malam tadi, akibat kecederaan daripada letupan gunung berapi White Island,” kata timbalan pesuruhjaya, Encik John Tims.

Mangsa yang identitinya tidak didedahkan adalah yang kedua meninggal dunia di hospital Australia.

Terdapat seramai 47 pelancong, majoritinya rakyat Australia semasa guung berapi itu meletus secara tiba-tiba, menyebabkan ramai mangsa mengalami kelecuran yang teruk.

Menurut para doktor, 25 peratus daripada sejuta sentimeter persegi kulit sudah digunakan bagi menyelamatkan nyawa para mangsa yang cedera.

- AFP/NA/na

Top