Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban letupan loji kimia China meningkat jadi 47

Angka korban akibat letupan besar yang menggegarkan sebuah loji kimia di timur China meningkat kepada 47 orang, menurut media tempatan pada Jumaat (22 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Mar 2019 12:38PM Dikemas Kini : 22 Mar 2019 10:47PM

YANCHENG: Angka korban akibat letupan besar yang menggegarkan sebuah loji kimia di timur China meningkat kepada 47 orang, menurut media tempatan pada Jumaat (22 Mac).

Menurut People's Daily, 90 yang lain cedera teruk dalam letupan pada Khamis itu. Letupan tersebut dilaporkan begitu kuat sehingga menyebabkan bangunan-bangunan kilang berdekatan roboh, tingkap kaca rumah-rumah berhampiran pecah serta dikatakan mencetuskan gegaran kecil gempa bumi sekuat 2.2 pada skala Richter.

Kebakaran "sudah dapat dikawal" oleh anggota bomba beberapa jam selepas letupan yang berlaku mencetuskan kebakaran yang berlarutan sehingga ke malam di kawasan perusahaan Yancheng di wilayah Jiangsu, menurut stesen penyiaran CCTV.

Pada awal pagi Jumaat, seramai 88 orang "dibawa keluar" dari tempat tersebut, termasuk 12 yang meninggal dunia dalam nahas itu, menurut CCTV.

Puluhan orang cedera dalam kejadian terbaru yang mendedahkan lagi rekod buruk keselamatan sektor perusahaan China.

Gambar dan video yang disiarkan media negara menunjukkan api yang marak serta asap tebal.

Letupan itu berlaku menyusuli kebakaran di sebuah kilang baja, menurut agensi berita Xinhua yang menukil pihak berkuasa tempatan.

Para pekerja dekat dengan tapak letupan terperangkap setelah kesan letupan itu merobohkan bangunan kilang berdekatan, menurut laporan itu.

Xinhua juga menukil saksi di tempat kejadian yang melihat para pekerja berlumuran darah melarikan diri dari kilang di situ.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan