Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban konflik Israel-Palestin cecah 58 orang, termasuk bayi 8 bulan

Seorang bayi Palestin meninggal dunia akibat terhidu gas pemedih mata semasa pertempuran di sempadan Israel-Gaza, menurut kementerian kesihatan Gaza hari ini (15 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban konflik Israel-Palestin cecah 58 orang, termasuk bayi 8 bulan

(Gambar: Mahmud Hams/AFP)

Diterbitkan : 15 May 2018 05:27PM Dikemas Kini : 15 May 2018 05:30PM

GAZA: Seorang bayi Palestin meninggal dunia akibat terhidu gas pemedih mata semasa pertempuran di sempadan Israel-Gaza, menurut kementerian kesihatan Gaza hari ini (15 Mei).

Leila al-Ghandour, yang berusia lapan bulan, terdedah kepada gas tersebut di timur Gaza semasa tunjuk perasaan besar-besaran semalam (14 Mei).

Belum dapat dipastikan lagi kedudukan mangsa dan keluarganya dari pagar sempadan Ghandour ketika kejadian itu.

Menurut Kementerian Kesihatan sekurang-kurangnya 58 penunjuk perasaan Palestin maut ditembak tentera Israel setakat ini, kebanyakannya oleh penembak tepat Israel.

Hampir 3,000 yang lain cedera terkena tembakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata.

Aksi tunjuk perasaan berlaku di sekurang-kurangnya lima tapak sepanjang sempadan Gaza sejak 30 Mac lalu.

Tunjuk perasaan semalam adalah bagi membantah pembukaan kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmakdis, yang mencetuskan kemarahan penduduk Palestin yang menganggap bandar tersebut sebagai ibu kota mereka.

Puluhan ribu penduduk Palestin berkumpul di sepanjang pagar sempadan, sementara segelintir daripadanya melemparkan batu ketika mendekati pagar dan cuba merosakkannya.

Tentera Israel di sempadan menggunakan gas pemedih mata dan penembak tepat terhadap penunjuk perasaan.  

Sumber : AFP/FA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan