Angka korban kebakaran California meningkat kepada 31 orang
Jumlah kematian akibat kebakaran hutan di California meningkat kepada 31 orang.
CALIFORNIA: Jumlah kematian akibat kebakaran hutan di California meningkat kepada 31 orang.
Ini selepas enam orang lagi ditemui mati menjadikan kebakaran hutan itu yang terburuk pernah berlaku di negara tersebut.
Lebih 200 orang masih hilang dan Sekitar 250,000 penduduk telah dipindahkan dari kawasan Los Angeles dan Ventura.
Api dilaporkan terus merebak ke selatan, menimbulkan ancaman besar kepada penduduk Malibu dekat Los Angeles.
Keadaan cuaca yang panas dan kering serta tiupan angin kencang dijangka berterusan sehingga esok (13 Nov), mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran supaya para penduduk mematuhi arahan pemindahan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.