Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban kebakaran California cecah 83 orang

Angka korban akibat kebakaran hutan di bahagian utara California meningkat kepada 83 hari ini (21 Nov) selepas para penyelamat menemui dua mayat dalam bangunan yang musnah akibat dijilat api, menurut para pegawai.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban kebakaran California cecah 83 orang

Hampir 85% kebakaran 'Camp Fire' berjaya dipadamkan. (Gambar: Josh Edelson/AFP)

Diterbitkan : 22 Nov 2018 08:33PM Dikemas Kini : 22 Nov 2018 08:36PM

LOS ANGELES: Angka korban akibat kebakaran hutan di bahagian utara California meningkat kepada 83 hari ini (21 Nov) selepas para penyelamat menemui dua mayat dalam bangunan yang musnah akibat dijilat api, menurut para pegawai.

Jumlah orang yang dilaporkan hilang akibat kebakaran hutan paling dahsyat yang pernah berlaku dalam sejarah wilayah itu pula sudah merosot dari 870 kepada 563.

Jumlah tersebut naik turun di tengah-tengah kekeliruan operasi mencari mayat mangsa dijalankan di bandar Paradise, yang sebahagian besarnya terjejas akibat kebakaran tersebut. Jumlah orang yang dilaporkan hilang mencecah 1,276 pada Sabtu (17 Nov).

Sementara itu, lagi tiga orang dilaporkan mati akibat kebakaran kedua yang berlaku di Malibu di bahagian selatan California.

Di bahagian utara wilayah itu pula, tanah seluas 153,000 ekar terjejas akibat kebakaran 'Camp Fire' yang turut memusnahkan lebih 13,500 rumah. Kebakaran itu bermula pada 8 November dan setakat ini, hampir 85 peratus kebakaran berjaya dipadamkan.

Kru-kru sedang bersiap sedia untuk berdepan dengan cuaca hujan lebat yang diramalkan sepanjang minggu depan, yang dapat membantu memadamkan kebakaran tersebut. Namun, ia juga mencetuskan kemungkinan berlakunya banjir kilat yang boleh menghanyutkan mayat-mayat mangsa. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan