Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban gempa bumi Sulawesi Barat cecah 84 mangsa

Presiden Jokowi hari ini (19 Jan) melawat Sulawesi Barat yang dilanda gempa bumi kuat pada Jumaat lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban gempa bumi Sulawesi Barat cecah 84 mangsa

(Gambar: AP/Yusuf Wahil)

Diterbitkan : 19 Jan 2021 05:16PM Dikemas Kini : 19 Jan 2021 05:18PM

MAMUJU: Presiden Jokowi hari ini (19 Jan) melawat Sulawesi Barat yang dilanda gempa bumi kuat pada Jumaat lalu.

Angka kematian dalam bencana alam itu sudah naik kepada 84 orang.

Sekurang-kurangnya 30,000 penduduk di bandar-bandar Mamuju dan Majene kini terpaksa dipindahkan ke tempat-tempat perlindungan sementara.

Sebelum berkunjung ke sini, Presiden Jokowi sudah mengerahkan pihak tentera dan polis supaya membantu operasi mencari dan menyelamat.

Walaupun gempa itu berlaku empat hari lalu, jalan-jalan raya di Mamuju masih ditimbun runtuhan bangunan.

Ramai penduduknya pula masih tidur di tepi-tepi jalan kerana khuatir gegaran susulan akan merobohkan rumah mereka.

Sumber : Agensi berita/ZM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan