Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban COVID-19 di Indonesia kini 191; banyak pihak persoal kesahihan data rasmi

Jumlah kematian akibat COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 191 kes, namun pelbagai pihak kini mula mempersoalkan kesahihan data rasmi pemerintah pusat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban COVID-19 di Indonesia kini 191; banyak pihak persoal kesahihan data rasmi

Penumpang memakai pelitup muka ketika menunggu ketibaan kereta api di Jakarta, Indonesia, pada 2 April 2020. (Gambar: Willy Kurniawan/REUTERS)

Diterbitkan : 04 Apr 2020 08:30PM Dikemas Kini : 04 Apr 2020 08:34PM

JAKARTA: Jumlah kematian akibat COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 191 kes, namun pelbagai pihak kini mula mempersoalkan kesahihan data rasmi pemerintah pusat itu.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, berkata sebanyak 10 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam manakala bagi tempoh antara 12.00 tengah hari semalam sehingga 12.00 tengah hari ini pula, sebanyak 106 lagi kes baru disahkan sekali gus menjadikan jumlah kes positif setakat ini kepada 2,092.

Encik Achmad Yurianto menegaskan jumlah kematian dan kes positif itu disahkan mengikut prosedur dan standard pemeriksaan yang ditetapkan.

Jumlah kematian akibat virus korona menjadi polemik apabila Gabernor Jakarta Anies Baswedan, dalam satu sidang video bersama Naib Presiden Indonesia Ma'ruf Amin, pada 2 April lalu, menyatakan "berpuluh-puluh kematian, melebihi 40 kematian setiap hari", berlaku di Jakarta sepanjang bulan Mac.

Berdasarkan perangkaan kematian oleh Pemerintah Jakarta, sebanyak 283 kematian berlaku dari tempoh 6 Mac hingga 29 Mac, dan semua jenazah itu dikebumikan mengikut prosedur pengebumian pesakit COVID-19, melibatkan jenazah yang disyaki, atau yang meninggal sebelum disahkan positif virus itu.

Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil, dipetik media tempatan, turut mempertikaikan laporan kematian dan jumlah kes positif yang diumumkan pemerintah pusat ketika ini, yang didakwanya kes berkenaan sebenarnya jauh lebih tinggi.

Wilayah Jakarta dan Jawa Barat kini mencatatkan jumlah kematian tertinggi yang diumumkan pemerintah pusat, masing-masing dengan jumlah kes sebanyak 90 dan 28 kes. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan