Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban banjir, tanah runtuh di Indonesia cecah 68 orang

Angka korban akibat hujan lebat yang mencetuskan kejadian tanah runtuh dan banjir di sebuah pulau di Indonesia kini meningkat kepada 68 orang, menurut kenyataan agensi pengurusan bencana negara itu pada Ahad (27 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban banjir, tanah runtuh di Indonesia cecah 68 orang

Hujan lebat melanda sekurang-kurangnya 13 daerah di Pulau Sulawesi termasuk Makassar, ibu kota wilayah Sulawesi Selatan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Jan 2019 01:48PM Dikemas Kini : 28 Jan 2019 01:51PM

JAKARTA: Angka korban akibat hujan lebat yang mencetuskan kejadian tanah runtuh dan banjir di sebuah pulau di Indonesia kini meningkat kepada 68 orang, menurut kenyataan agensi pengurusan bencana negara itu pada Ahad (27 Jan).

Sekurang-kurangnya 47 orang cedera manakala tujuh yang lain masih hilang di Pulau Sulawesi yang dilanda bencana, kata Sutopo Purwo Nugroho, jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional.

Hujan lebat melanda sekurang-kurangnya 13 daerah di seluruh pulau itu termasuk Makassar, ibu kota wilayah Sulawesi Selatan.

Encik Nugroho berkata lebih 6,700 mangsa sudahpun dipindahkan ke kawasan lebih selamat.

Sementara itu, Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla dalam satu kenyataan berkata bahawa pemerintah Indonesia akan memberi wang pampasan bernilai 15 juta rupiah (S$1,450) kepada keluarga mangsa bagi setiap kehilangan nyawa.

Kejadian tanah runtuh dan banjir menyebabkan kemusnahan kepada kediaman, bangunan pemerintah, sekolah dan jambatan.

Tanah runtuh dan banjir sering berlaku di Indonesia, terutamanya semasa musim tengkujuh antara Oktober hingga April ketika hujan lebat melanda kepulauan tropika yang luas itu. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan