Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban banjir Kerala meningkat kepada 445 orang

Angka korban akibat banjir di Kerala di selatan India meningkat kepada 445 orang pada Ahad (26 Ogos) selepas 28 lagi mayat ditemui apabila air bah surut dan sedang operasi pembersihan dijalankan, menurut para pegawai pemerintah.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban banjir Kerala meningkat kepada 445 orang

Dua lelaki membawa bekalan makanan dan minuman di Pandanda di daerah Alappuzha. (Gambar: Manjunath Kiran/AFP)

Diterbitkan : 26 Aug 2018 07:48PM Dikemas Kini : 26 Aug 2018 07:52PM

KOCHI: Angka korban akibat banjir di Kerala di selatan India meningkat kepada 445 orang pada Ahad (26 Ogos) selepas 28 lagi mayat ditemui apabila air bah surut dan sedang operasi pembersihan dijalankan, menurut para pegawai pemerintah.

Sekitar sejuta penduduk ditempatkan di kem-kem perlindungan sementara manakala 15 orang dilaporkan hilang. Ini meskipun pemerintah melancarkan operasi bagi membersihkan rumah-rumah dan ruang-ruang awam yang kotor dan dipenuhi pasir akibat banjir itu.

Menurut catatan twitter Ketua Menteri Kerala Pinarayi Vijayan, lebih 13,000 rumah atau hampir sepertiga daripada rumah-rumah yang terjejas akibat banjir itu sudahpun dibersihkan.

Pihak berkuasa juga sedang berusaha untuk memulihkan semula bekalan elektrik.

Sementara itu, para penduduk yang pulang ke rumah mereka dinasihati supaya berwaspada dengan ular-ular sedang air bah surut. Pihak berkuasa Kerala dan para pakar haiwan liar sudah membentukkan pasukan bagi membantu para penduduk yang menemui ular di dalam rumah mereka, menurut media tempatan.

Dengan angka korban akibat bencana itu semakin meningkat setiap hari, pihak berkuasa Kerala menyatakan bahawa "proses wajar akan dijalankan bagi menentukan sama ada semua kematian ada kaitan dengan banjir."

Menurut pemerintah, jalan raya sepanjang lebih 10,000 kilometer mengalami kerosakan akibat banjir itu. Seorang penggubal undang-undang juga berkata bahawa 50,000 rumah turut musnah akibat banjir tersebut. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan