Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban akibat ribut tropika Tembin kini cecah 133 orang di Filipina

Angka korban akibat Ribut Tropika Tembin di selatan Filipina meningkat kepada 133 orang manakala berpuluh-puluh lagi masih dilaporkan hilang menurut para pegawai hari ini (23 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban akibat ribut tropika Tembin kini cecah 133 orang di Filipina

Gambar: MANMAN DEJETO/AFP

Diterbitkan : 23 Dec 2017 09:22PM Dikemas Kini : 23 Dec 2017 09:28PM

MANILA: Angka korban akibat Ribut Tropika Tembin di selatan Filipina meningkat kepada 133 orang manakala berpuluh-puluh lagi masih dilaporkan hilang menurut para pegawai hari ini (23 Dis).

Di bandar Tubod di Mindanao, sekurang-kurangnya 19 penduduk terkorban akibat banjir kilat dan tanah runtuh.

Secara purata, Filipina dilanda sebanyak 20 ribut besar setiap tahun tetapi Mindanao dengan seramai 20 juta penduduk jarang sekali dilanda puting beliung.

Pasukan polis, askar dan para sukarelawan terpaksa menggunakan penyodok untuk membawa keluar mayat-mayat yang tertimbus di sebuah kampung yang mempunyai seramai 2,000 penduduk.

Laporan-laporan mengenai kadar kematian sedang dikumpul dari merata pulau-pulau negara tersebut.

Tembin membadai kurang seminggu selepas ribut Kai-Tak meragut nyawa 54 orang dengan 24 masih lagi hilang di bahagian tengah Filipina.

Taufan paling dahsyat yang melanda negara tersebut adalah Haiyan pada November 2013, dengan beribu-ribu penduduk terkorban dan ramai yang terpaksa berpindah disebabkan bencana alam itu.  

Sumber : AFP/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan