Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka kematian gempa Taiwan kini 12 orang

Angka kematian akibat gempa bumi Selasa lalu (6 Feb) meningkat kepada 12 orang dengan lima orang dilaporkan hilang.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka kematian gempa Taiwan kini 12 orang

Seorang pekerja penyelamat berdiri berdekatan sebuah kereta yang rempuh akibat gempa di Hualien, Taiwan. (Gambar: PAUL YANG/AFP)

Diterbitkan : 09 Feb 2018 09:58PM Dikemas Kini : 09 Feb 2018 10:00PM

TAIPEI: Angka kematian akibat gempa bumi Selasa lalu (6 Feb) meningkat kepada 12 orang dengan lima orang dilaporkan hilang.

Lebih 270 orang pula mengalami kecederaan berikutan gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter yang menggegarkan bandar Hualien di Taiwan itu.

Bencana yang melanda sejurus sebelum 12.00 tengah malam itu merobohkan empat bangunan dan mencetus keadaan huru-hara di kalangan sekitar 100,000 penduduk.

Buat hari ketiga, pasukan penyelamat menggiatkan usaha mencari mangsa yang terperangkap.

Mereka yang masih belum ditemui dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan sebuah bangunan kediaman yang condong.

Pihak berkuasa berkata bahawa ia akan menumpukan usaha mencari dan menyelamat kepada bangunan 12 tingkat.

Namun, operasi berkenaan sukar dilaksanakan ekoran kecondongan bangunan tersebut. "Ruang beroperasi sangat kecil, lantas perkembangan operasi mencari dan menyelamat lebih perlahan," menurut kenyataan pihak berkuasa.

Pakar-pakar mengesyaki pengubahsuaian struktur mungkin menjadi punca keruntuhan bangunan tersebut.  

Sumber : Reuters/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan