Angka kematian banjir Indonesia, Timor-Leste melepasi 150
Angka kematian banjir Indonesia, Timor-Leste melepasi 150.
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 157 orang maut di Indonesia dan negara jiran Timor-Leste dengan puluhan orang masih hilang setelah taufan tropika membadai negara Asia Tenggara itu, menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal.
Demikian menurut pihak berkuasa pada Selasa (6 Apr).
Agensi pengurusan bencana Indonesia menyatakan ia mencatat 130 kematian dalam sebuah kelompok pulau-pulau terpencil berdekatan Timor-Leste yang mana lagi 27 orang dilaporkan maut.
Para penyelamat di Indonesia semakin kesuntukan masa untuk mencari lebih 70 orang yang masih hilang dan menggunakan mesin-mesin pengorek untuk membersihkan serpihan-serpihan menyusuli taufan tropika Seroja.
Hujan lebat mencetuskan banjir dan tanah runtuh yang merubah masyarakat-masyarakat kecil menjadi timbunan lumpur, pokok tumbang serta memaksa ribuan orang untuk berteduh di tempat-tempat perlindungan.
Ribuan rumah, hospital dan jambatan juga musnah atau hancur akibat bencana itu manakala lebih 10,000 orang sudah melarikan diri ke tempat-tempat perlindungan, menurut pihak berkuasa.
"Kita boleh menjangkakan cuaca ekstrim (akibat taufan) untuk beberapa hari lagi," kata jurucakap agensi bencana negara, Raditya Jati.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.