Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angin kencang, ombak besar diramalkan di Pahang, Johor

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga 14 Dis (Sabtu).

Anggaran Waktu Membaca:
Angin kencang, ombak besar diramalkan di Pahang, Johor

Gambar fail.

Diterbitkan : 14 Dec 2019 08:14AM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 08:18AM

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga 14 Dis (Sabtu).

Ketua Pengarahnya, Jailon Saimon berkata kawasan yang terjejas di Pahang adalah di daerah Rompin manakala di Johor kawasan terjejas adalah di daerah Mersing dan Kota Tinggi.

"Angin kencang 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah dan Sarawak dalam tempoh tersebut.

"Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit," katanya dalam kenyataan tersebut.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan