Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota polis putus 2 jari kaki dilanggar penunggang panik

Tindakan seorang penunggang yang panik kerana memiliki dadah dan cuba melarikan diri selepas melihat pemeriksaan mengejut polis di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan menghala Shah Alam menyebabkan seorang anggota polis kehilangan dua jari kaki kirinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota polis putus 2 jari kaki dilanggar penunggang panik

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 08 Apr 2021 08:17AM Dikemas Kini : 08 Apr 2021 08:21AM

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang penunggang yang panik kerana memiliki dadah dan cuba melarikan diri selepas melihat pemeriksaan mengejut polis di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan menghala Shah Alam menyebabkan seorang anggota polis kehilangan dua jari kaki kirinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata insiden itu berlaku pada kira-kira 1.20 tengah hari Rabu (7 Apr) selepas suspek melanggar seorang anggota polis di hadapannya yang sedang menjalankan tugas bersama pasukan ronda cegah jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Beliau berkata anggota polis berusia 34 tahun berpangkat koperal itu kini menerima rawatan di sebuah hospital di Shah Alam dan suspek yang berusia 49 tahun ditahan selepas polis menjumpai dadah disyaki heroin seberat 11.89 gram dan sebotol cecair dipercayai air ketum.

“Hasil ujian saringan air kencing suspek didapat negatif dadah serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau manakala permohonan reman suspek akan dibuat pada esok,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Encik Ku Mashariman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana percubaan membunuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan