Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota polis mabuk lepas tembakan ditahan

Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan selepas melepaskan lima das tembakan di sebuah bilik pusat karaoke.

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota polis mabuk lepas tembakan ditahan

Gambar hiasan. (Gambar: Scott Olson/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 25 Jun 2018 03:34PM Dikemas Kini : 25 Jun 2018 03:35PM

KEPONG: Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan selepas melepaskan lima das tembakan di sebuah bilik pusat karaoke.

Menurut Sinar Online, dalam kejadian pada sekitar jam 6.00 pagi semalam (24 Jun), anggota polis dari sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) dikatakan dalam keadaan mabuk dan turut menghentak sepucuk pistol ke atas kepala seorang pengunjung di pusat karaoke tersebut.

Sumber berkata, anggota polis tersebut ke pusat karaoke itu untuk berhibur bersama enam rakannya.

Ketika berada dalam bilik karaoke, datang sekumpulan lelaki yang terus menumbuk rakan anggota polis tersebut, kata saksi kepada Sinar Online.

"Anggota polis itu cuba meleraikan pergaduhan namun seorang daripada kumpulan tersebut bertindak menolaknya.

"Dia kemudian keluarkan sepucuk pistol jenis Smith & Wesson .38 dan lepaskan lima das tembakan ke arah dinding bilik untuk meleraikan pergaduhan," katanya.

Insiden menyebabkan kumpulan lelaki terbabit melarikan diri manakala anggota polis dalam keadaan mabuk terus pulang ke rumah.

Mangsa berusia 38 tahun yang merupakan seorang penganggur dari Segambut kemudian membuat laporan polis.

Bertindak atas aduan yang diterima, sepasukan polis ke tempat kejadian dan mengenal pasti anggota berusia 36 tahun itu bertugas di cawangan pencegahan jenayah di sebuah IPD di negeri ini.

"Polis merampas sepucuk pistol, 25 butir peluru dan lima butir kelonsong peluru jenis SME .38 SPL selepas menahan anggota polis terbabit," katanya. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan