Images
  • vaksin
    (Gambar: Noel Celis/AFP)

Anggota Parlimen Malaysia syorkan M'sia contohi S'pura

KUALA LUMPUR: Seorang anggota parlimen Malaysia mencadangkan bahawa kerajaannya mengambil contoh pendekatan yang dilakukan Singapura berhubung pengambilan suntikan vaksin hari ini (20 Mac).

Dalam perbahasan usul menjunjung titah kasih diraja pada persidangan Dewan Rakyat, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata bahawa ibu bapa di Singapura akan dikenakan saman jika mereka tidak memvaksinkan anak mereka.

“Selain itu, bagi mereka yang berkeluarga dan ingin memohon pas kunjungan jangka panjang ke Singapura harus juga menunjukkan bukti anak mereka telah menerima suntikan vaksin. Ini untuk menjaga kebajikan anak dan komuniti negara itu secara menyeluruh,” tambahnya lagi.

Oleh itu beliau menyarankan kerajaan meminda undang-undang sedia ada dan memperkenalkan undang-undang mandatori supaya suntikan vaksin diwajibkan.

Beliau turut menekankan kepentingan untuk memberi penerangan kepada masyarakat mengenai keperluan vaksin yang bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa anak sendiri tetapi juga orang lain serta mengekang penyakit berjangkit seperti difteria dan demam campak sehingga boleh menyebabkan kematian.

Sidang dewan itu akan disambung esok (21 Mac). 

- BERNAMA/IL/il

Top