Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota Parlimen M'sia lancar usaha semak kawal selia ketum, ganja bagi tujuan perubatan

Sembilan Ahli Parlimen M'siabersetuju untuk menubuhkan Kaukus Medical Cannabis yang dipengerusikan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mengkaji isu kawal selia penggunaan ketum dan ganja bagi perubatan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota Parlimen M'sia lancar usaha semak kawal selia ketum, ganja bagi tujuan perubatan

(Gambar: Amir Yusof)

Diterbitkan : 14 Oct 2021 06:33PM Dikemas Kini : 14 Oct 2021 06:37PM

KUALA LUMPUR: Sembilan Ahli Parlimen Malaysia bersetuju untuk menubuhkan Kaukus Medical Cannabis yang dipengerusikan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mengkaji isu kawal selia penggunaan ketum dan ganja bagi perubatan demi mengurangkan kemudaratan sebagai antara bentuk perubatan yang diiktiraf di Malaysia. 

Satu kenyataan bersama oleh sembilan Ahli Parlimen berkenaan hari ini (14 Okt) menyatakan kaukus berkenaan diwakili Ahli Parlimen merentas pelbagai parti sebagai usaha bipartisan yang murni dalam merangka dasar dan strategi berkaitan ketum dan ganja perubatan.

“Kaukus ini akan hadir dengan draf cadangan untuk perhatian kerajaan bagi memastikan pesakit yang bergantung kepada kaedah perubatan ketum dan kanabis dapat dijaga melalui sistem kesihatan negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu ditulis Encik Syed Saddiq dan ahli-ahli kaukus iaitu Azalina Othman Said (Pengerang); Khalid Abd Samad (Shah Alam); Dr Xavier Jayakumar (Kuala Langat); Ignatius Darell Leiking (Penampang); Dr Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching); Dr Azman Ismail (Kuala Kedah); Lukanisman Awang Sauni (Sibuti) dan Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas).

Sebagai sebahagian daripada rangka kerja awal, kaukus berkenaan akan bertemu dengan kumpulan pakar kesihatan, penyelidik, pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan berkaitan serta kementerian yang terlibat bagi mendapatkan pandangan untuk pembentukan dasar.

Menurut kenyataan itu, ia juga selaras dengan usaha mengembangkan industri ketum dan kanabis perubatan di Malaysia yang memberi manfaat kepada industri kesihatan negara.

“Kaukus Medical Cannabis percaya bahawa semangat bipartisan yang diangkat ini akan dapat diterjemah kepada dasar dan strategi yang baik untuk manfaat rakyat dan negara,” menurut kenyataan itu. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan