Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota Parlimen Indonesia gesa contohi cara S'pura tangani pencemaran udara

Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Provinsi Daerah Khusus Ibukota (DPRD DKI) Jakarta, Bestari Barus, mengusulkan agar pemerintah Provinsi DKI Jakarta mengambil Singapura sebagai contoh dalam menangani masalah pencemaran udara.

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota Parlimen Indonesia gesa contohi cara S'pura tangani pencemaran udara

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 10 Jul 2019 11:37PM Dikemas Kini : 10 Jul 2019 11:38PM

JAKARTA: Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Provinsi Daerah Khusus Ibukota (DPRD DKI) Jakarta, Bestari Barus, mengusulkan agar pemerintah Provinsi DKI Jakarta mengambil Singapura sebagai contoh dalam menangani masalah pencemaran udara.

"Tirulah paling tidak Singapura. Beli kereta hanya untuk 10 tahun. Di Jakarta masih ada orang-orang yang punya kereta sudah umur 60 tahun," beliau berkata pada Selasa (9 Jul) di pejabat DPRD DKI Jakarta.

Warga Singapura hanya dibenarkan menggunakan kereta selama tempoh paling lama 10 tahun dan perlu membuat pembayaran tambahan jika ingin menggunakan kenderaan tersebut melebihi tempoh itu, menurut beliau, yang merujuk kepada sistem Sijil Hak Milik Kenderaan (COE).

"Pajak satu kereta Toyota Camry di Singapura boleh mencapai Rp800 juta (S$76,980). Jadi setelah 10 tahun jika seseorang masih mahu menggunakannya, beliau perlu bayar lagi Rp800 juta (S$76,980). Ini sebagai langkah pemulihan bagi (pengeluaran gas) semasa tempoh itu," tambah beliau.

Meskipun berpendapat ujian pengeluaran gas adalah terlambat, Encik Bestari tetap menyarankan agar ujian tersebut dijalankan kerana isu pencemaran udara adalah suatu isu penting dan terkait dengan masa depan ibu kota negara itu.

Sumber : Bernama/ANTARA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan