Images
  • knife
    Seorang anggota parlimen pro-Beijing, Junius Ho, cedera ditikam dengan pisau.

Anggota Parlimen Hong Kong yang pro-Beijing cedera ditikam semasa berkempen

HONG KONG: Seorang anggota parlimen pro-Beijing, Junius Ho, cedera ditikam dengan pisau semasa berkempen bagi pilihan raya majlis daerah pagi tadi (6 Nov).

Sebagai amaran kepada para penonton, rakaman video kejadian itu yang disiarkan mungkin agak mengerikan bagi sesetengah orang.

Video itu dikongsi di wadah online oleh seorang lagi anggota parlimen pro-Beijing.

Penyerangnya berpura-pura meminta untuk bergambar dengan Encik Ho sebelum menikamnya.

Dua orang lagi cedera termasuk penyerangnya.

Mereka semua dihantar ke Hospital Tuen Mun yang berdekatan.
Encik Ho akan menjalani pembedahan.

Beliau begitu dibenci oleh para penunjuk perasaan di Hong Kong selepas kejadian serangan di Stesen MTR Yuen Long pada 21 Julai lalu.

Dalam kejadian itu sekumpulan lelaki memakai kemeja-T warna putih menyerang secara rambang orang ramai di stesen itu.

45 orang cedera dalam kejadian tersebut.

Selepas serangan tersebut, Encik Ho dilihat bersalaman dengan mereka, dipercayai mengucapkan terima kasih.

Encik Ho kemudian menafikan mempunyai hubungan dengan penyerang-penyerang tersebut.

- Agensi berita/MU/na

Top