Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota Parlimen dan menteri M'sia perlu isytihar harta: SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memasukkan seksyen baru di bawah Akta SPRM berhubung pengisytiharan harta milik anggota Parlimen dan menteri yang dijangka dibentang di Parlimen pada April depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota Parlimen dan menteri M'sia perlu isytihar harta: SPRM

Gambar fail.

Diterbitkan : 01 Nov 2018 10:00PM Dikemas Kini : 01 Nov 2018 10:03PM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memasukkan seksyen baru di bawah Akta SPRM berhubung pengisytiharan harta milik anggota Parlimen dan menteri yang dijangka dibentang di Parlimen pada April depan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Encik Mohd Shukri Abdull berkata seksyen baru itu akan membolehkan SPRM mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota Parlimen atau menteri yang tidak mengisytiharkan harta mereka.

Beliau berkata melalui seksyen baharu itu, ia akan menjadi kewajipan mereka untuk isytihar harta dan akan menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang jika mereka gagal berbuat demikian.

“Maknanya dalam tempoh ini, mana-mana anggota Parlimen atau menteri yang masih tidak isytihar harta mereka kami tidak boleh ambil sebarang tindakan kerana seksyen baharu itu belum dibentang (dan diluluskan) di Parlimen lagi.

“Apa yang kami boleh buat sekarang adalah meminta mereka menyegerakan proses ini (isytihar harta) kerana ia merupakan janji kerajaan Pakatan Harapan untuk membersihkan negara daripada rasuah,” katanya kepada para wartawan selepas menghadiri majlis konvokesyen pegawai integriti bertauliah, hari ini (1 Nov).

 “Apabila mereka isytihar harta, SPRM akan meneliti harta mereka sama ada terpalit dengan rasuah atau tidak.

“Hari ini juga SPRM sudah mengeluarkan senarai nama anggota Parlimen dan menteri berhubung pengisytiharan harta mereka di portal SPRM,” katanya.

Beliau berkata ada dalam kalangan mereka masih belum berbuat demikian dan meminta individu berkenaan supaya menyegerakan proses itu.

“Sepatutnya selepas tiga bulan mereka mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen sudah isytihar harta dan kami masih menunggu lagi sebahagian daripada mereka (yang belum),” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan